BEPANG NASI SEJUK YANG TAK SANGKA SANGAT SEDAP!
Ingat tak Nurulsham pernah kongsi resepi bepang kacang? Alhamdulillah, ramai pembaca dah cuba buat di rumah dan menjadi. Seronok sangat Nurulsham bila resepi ini dikongsi dan ramai orang mendapat manfaatnya. Semoga anda semua dapat pahala dan rezeki yang melimpah-limpah kerana berkongsi ilmu yang baik ini. Kita pun dah tak mahu kan, beli bepang dari kedai yang tengik selalunya tu... kan?
Hari ni Nurulsham nak kongsi pula resepi dari nasi sejuk semalam. Sayang betul kalau nasi sejuk dibuang, kan? Sekarang banyak sangat makanan terbuang.
Idea nak buat bepang nasi sejuk ni sebenarnya datang dari jiran Nurulsham, yang kami panggil Cik Maznah. Cik Maznah ni, hari-hari akan datang rumah Nurulsham kerana anak bongsunya akan meragam jika sehari dia terlupa bawa anaknya tengok Nurulsham. Itulah sebabnya kami sangat rapat. Pernah sekali anak sulung Nurulsham nak sambung belajar, Cik Maznah ni datang bawa wang untuk bantu tanpa Nurulsham minta. Memang superb betul Cik Maznah dan suaminya... sahabat dan jiran yang ohsem!
Kata Cik Maznah, "Nasi sejuk semalam tu tak payah buang. Jemur sampai kering... kemudian goreng. Nanti dia akan kembang macam bertih beras."
O... baru hari ni Nurulsham tahu. Hmmm... ilmu baru... . Bagus bagus!
Haha..ini rahsia tau. Tak payah beli bertih beras dari kedai barangan kek.
Hari ni dah pecah lah rahsia Nurulsham dan Cik Maznah... Hahaha! Tak apa... kami dah halalkan. Semoga bermanfaat untuk semua. ☺
Okaylah, anda sila rujuk resepi bepang kacang juga ya.
Selamat mencuba ya. Nurulsham rasa resepi ini amat jimat dan boleh dibuat berniaga.
Bye semua!
update 22 April 1:56 pg
update 20 April, 7:29 mlm

![]() |
| Nasi semalam diletakkan dalam loyang dan dijemur di panas mentari. |
![]() |
| Setelah nasi sejuk menjadi kering, lerai-leraikan sedikit, jika ada butir yang melekat. (Nurulsham gunakan anak lesung). |
![]() |
| Panaskan minyak. Masukkan nasi sejuk kering tadi, Goreng sehingga ia kembang dan membertih. |
![]() |
| Bertih nasi sejuk ini @ bertih beras diangkat dari minyak dan ditoskan seketika. |
![]() |
| di dalam kuali atau periuk bersih, masukkan gula (dan seikit garam) dan panaskan api. Masak hingga gula mencair. Masukkan sedikit minyak dan kacau lagi sehingga gula cair menjadi perang. |
![]() |
| Masukkan bertih nasi sejuk anda tadi. Kacau sehingga rata dengan gula cair. |
![]() |
| Setelah rata, masukkan bepang anda yang masih lembut ke dalam acuan. |
| Boleh juga dibulat-bulatkan dan dibuat bebola beras. Gambar ini diambil dari blog akumama.blogspot.com Terima kasih blogger akumama. |
![]() |
| Sejukkan. (Gambar kredit pada akumama blogger. |
![]() |
| Yang ini kredit buat Nurulsham kerana berjaya membuat bepang bertih yang comel berbentuk LOVE ini. Hehe! |
Selamat mencuba ya. Nurulsham rasa resepi ini amat jimat dan boleh dibuat berniaga.
Bye semua!
update 22 April 1:56 pg

Komentar
Posting Komentar