6 LANGKAH UNTUK BUAT MEE KUNING HOMEMADE YANG SEDAP DAN SIHAT (TANPA AIR KAPUR DAN ASID BORIK)


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Nurulsham nak ceritakan bagaimana Nurulsham dah banyak hari teringin sangat makan mee yang ada banyak sayur. Teringin sampai termimpi-mimpi.

Nurulsham sejak kebelakangan ni tak berani sangat makan mee kuning. Sebab Nurulsham ambil ubat untuk Disk Prolapse (PID) dan untuk saraf.  Bila makan mee, tiba-tiba sahaja jadi lemah badan sangat-sangat, seolah-olah ada tindak balas antara ubat yang dimakan dan mee tersebut.

Oleh sebab kempunan sangatlah, Nurulsham usaha buat mee kuning sendiri ni.  Sebenarnya Nurulsham dah cuba buat mee tarik sebelum ni, tapi tak menjadi. Urat-urat mee nya keras, liat dan tak sedap.

Mee kuning senang sahaja sebenarnya nak membuatnya. Nurulsham pun tak sangka kerjanya mudah dan tak cerewet pun. Meenya pun tak melekat.

Jom kita lihat bahan-bahannya:

  1. Tepung gandum 3 cawan
  2. Air 1 cawan
  3. sedikit kunyit
  4. telur 1 biji
  5. garam secukup rasa
* sediakan sedikit minyak dan air menggelegak untuk merebus mee mentah dan air sejuk untuk membasuh mee

Bahan-bahan- tepung, telur, garam, kunyit, air
Cara-caranya:

1. Adunan diuli sehingga membentuk doh mee yang kental.
2. Simpan seketika atau selama 20 minit untuk menguatkan
gluten dalam doh.
3.  Potong doh kepada 4 bahagian. Ambil satu bahagian, canaikan
sehingga nipis menggunakan pencanai/penggolek. Kemudian
menggunakan pisau, potong-potong jalur halus membentuk mee.

Nota_- anda boleh nipiskan lagi jalur mee anda. Nurulsham
 sendiri memang suka jalur  mee yang lebar.

4. Gaul doh mee mentah ini dengan sedikit tepung untuk
mengelaknya dari melekat.

5. Panaskan hingga air menggelegak. Masukkan sedikit
minyak dalam air. Kemudian masukkan mee mentah
dalam kuantiti kecil setiap kali. Masak hingga dua minit
sebelum diangkat.

6. Masukkan mee yang telah masak ke dalam air
sejuk untuk buang kanjinya. Kemudian angkat dan
toskan sebelum dimakan dengan kuah pedas,
 kari, sup atau digoreng.


Mee kuning homemade dengan sup mee celup ringkas , campur
sayur-sayuran, dan bergedil liat berdaging. 


Inilah hasilnya hari ini, mee kuning homemade yang cukup rasa. Walaupun Nurulsham buat sup daging yang simple sahaja, hari ni makan mee bertambah-tambah sebab meenya sendiri sangat sedap.

Nanti Nurulsham update resepi mee sup ni ye, termasuk;


Selamat mencuba.  =)

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Resepi Biskut Buah Kana Sedap Mudah Sukatan Cawan

Resepi Biskut Kacang Hijau Sukatan Cawan Sedap Mudah

Resepi Biskut Arab Pelangi Sukatan Cawan