TEGUH BERDIRI

TEGUH BERDIRI
sedikit lakaran dari penulis














Wahai pohon nyiur...

Kau lihatlah awan yang berarak
Kau rasalah angin yang menggoncang
Kau tadahlah hujan yang membasahSesungguhnya semua itu mainan hidupmu
Tidak mungkin bebas kau darinya

Sehingga ke hujung nyawamu... .

Akarmu itulah yang harus kuat
Kerana semilir itu tidak pernah lupa
Berpagi-pagi melawatmu
Datangnya memeluk alam dan dirimu
Sesekali membuatmu terbuai


Batangmu itulah yang harus mampu melentuk
Kerana ribut itu ada kalanya menjengukmu
Memukul lalu menyedarkan lenamu
Membasah dan mencucimu dari alpa
Lalu kau pun terbiasa...


Daun halusmu itulah yg harus mampu melerai
Kerana bayu itu tidak pernah jemu memuputmu
Membisik kalimat-kalimat indah
Namun sesekali merubah gayanya
Lalu menamparmu tanpa kasihan
Membentuk jati dirimu yang baharu


Tandanmu itulah yang harus kukuh
Memegang buah yang berkerayut
Kerana taufan itu sesekali membadaimu
Menggugurkan zuriat didikmu
Tersebar memeriahkan alam
Lalu berkesinambunglah keturunanmu

Maka untuk itu
Pasrahlah engkau tabahlah dikau... .
Kerana terciptanya kamu wahai makhluk
Bukan untuk menunggu berlalunya angin
Tapi untuk sama-sama menari dengannya

Tajuk puisi dan lukisan- TEGUH BERDIRI
Nukilan : Novelis Nurulsham Saidin

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Resepi Biskut Buah Kana Sedap Mudah Sukatan Cawan

Resepi Biskut Kacang Hijau Sukatan Cawan Sedap Mudah

Resepi Biskut Arab Pelangi Sukatan Cawan