PSIKIATRI DAN KESIHATAN MENTAL
![]() |
| Emak banyak menyokong sepanjang rawatan |
Mulanya, Nurulsham memang tidak mahu ke sana, kerana khuatir dikatakan orang sebagai pesakit mental. Pertama kali masuk ke unit itu pun, mata Nurulsham ni mula-mula sekali nampak tulisan di dinding klinik yang tertulis, UNIT PSIKIATRI DAN KESIHATAN MENTAL.
Alamak! Nurulsham rasa macam nak tutup muka dengan kain tudung... hehe. Malu nak masuk ke dalam klinik tu. Tapi suami pula, dengan selambanya tarik tangan Nurulsham dan bawa Nurulsham masuk. Dia tak rasa malu atau jatuh maruah pun bawa isterinya yang begini.
Sebenarnya, Nurulsham ni dah lama mengalami masalah jantung berdebar, atau palpitation. Setiap petang, masalah tu menyerang, hinggakan tangan, kaki dan lidah menjadi kejang. Masalah ini bermula sejak tahun 2000. Waktu itu, Nurulsham pernah dimasukkan ke ICU kerana menyangka diserang sakit jantung.
Nurulsham ada ramai kawan yang merupakan doktor, MA dan sebagainya, kerana Nurulsham pernah berkhidmat di Hospital Pulau Pinang, namun dengan bantuan mereka sekalipun, kami masih tidak dapat mencari punca pada masalah palpitation ini.
Sejak dua tahun kebelakangan ini, Nurulsham mula perasan yang rasa seperti debaran itu ada di dalam tulang... tulang menggeletar halus... atau dipanggil tremor. Itulah yang membuatkan Nurulsham risau, apa lagi kekejangan di tangan, kaki, perut dan lidah makin menjadi-jadi.
Atas nasihat seorang kawan rapat, di mana abang beliau juga mengalami tremor dan kini mengikut rawatan di Jabatan Psikiatri Hospital Temerloh, Nurulsham pun mulalah faham bahawa sakit yang Nurulsham alami ini berkait juga dengan otak. Dia juga meminta nasihat dari Doktor Lazli Abu Bakar yang merupakan ketua jabatan di sini, lalu doktor memberitahu kemungkinan Nurulsham mengalami Anxiety Disorder.
Mulanya Nurulsham menolak. Nurulsham juga ada asas psikologi. Setahu Nurulsham, pesakit anxiety ini biasanya takut macam-macam, sedangkan Nurulsham tiada masalah sedemikian. Namun, setelah menimbang nasihat sahabat tersebut, akhirnya Nurulsham pun kuatkan hati...haha... untuk pergi juga ke klinik tersebut.
Sahabat Nurulsham itu sebenarnya amat faham, kerana beliau pernah membantu abang beliau dan juga sahabat beliau, di mana mereka mengalami depression. Abang beliau mengalami depression setelah isterinya meninggal dalam kemalangan. Kata sahabat Nurulsham, memang sebenarnya... paling sukar adalah menghadapi pandangan masyarakat yang sangat negatif bila mendengar nama unit psikiatri. Masyarakat menganggap pesakit psikiatri adalah orang gila.
Tujuan Nurulsham berkongsi pengalaman ini, adalah supaya semua sahabat dapat manfaat seperti Nurulsham. Kerana takut dengan tanggapan orang, tujuh belas tahun Nurulsham menderita masalah palpitation, kekejangan, tremor sehingga badan menjadi sangat lemah. Paling menyedihkan, Nurulsham mula jadi pelupa... dan itu amat tidak bijak jika tidak dirawat. Sebenarnya, sahabat sekolah menengah Nurulsham, Doktor Nabilah Khalid yang juga merupakan doktor di Jabatan Pathology di Hospital Pulau Pinang pernah menasihatkan Nurulsham berjumpa pakar psikiatri di Pulau Tikus, tapi waktu itu keluarga seperti sukar menerima... lalu masalah ini dibiarkan bertahun-tahun.
Bayangkan, palpitation dan kekejangan selama tujuh belas tahun itu hilang hanya pada pertama kali Nurulsham makan separuh ubat yang dicadangkan pakar psikiatri dengan izin Allah.
Sebenarnya Nurulsham banyak kali bertemu kawan-kawan lama, yang berpendidikan tinggi seperti Nurulsham, tapi Nurulsham dapati ada masalah stress dan mungkin anxiety. Tapi, mereka tidak dirawat. Malahan ada yang menolak bila Nurulsham cadangkan supaya pergi ke unit psikiatri. Mereka tidak mahu keluarga mereka menganggap yang bukan-bukan.
Doktor Kala yang merawat Nurulsham, pernah berkata... masalah psikiatri ini bukannya semestinya gila... jangan salah faham, katanya dengan nada menekan. Ada kalanya, badan kita tidak kuat, macam kes Nurulsham, perjalanan elektrik dalam badan, atau juga sistem neuron transmission tidak seimbang. Kalau dibiarkan, anggota lain juga akan terganggu, termasuk juga organ dalaman seperti jantung, buah pinggang dan sebagainya. Jangan biar lama-lama... itulah nasihat beliau. Masyarakat salah faham.... . Masalah ini tidak semestinya membawa kepada psikotik (masalah mental), walaupun ubat yang diambil itu sama dengan ubat orang yang psikotik.
Nanti Nurulsham tulis lagi tentang ubatan, rawatan pemulihan, punca (dalam kes Nurulsham, ia berpunca dari masalah tulang belakang sebab pernah jatuh 10 anak tangga masa di tingkatan tiga), juga tentang menangani stigma masyarakat. Kefahaman dari masyarakat itu yang penting, dan jika tiada yang memahami, diri kita yang harus kuat. Carilah sahabat dan ahli keluarga yang boleh menyokong kita. Ingatlah, semua ini untuk kesihatan diri kita sendiri.
Nurulsham berhenti dahulu di sini, nanti kita sambung lagi 😊
Bye semua.
Baca post selanjutnya....klik di sini
Update 3 Mei 2017, 11.29 malam




Komentar
Posting Komentar