7 LANGKAH TEBAR PIZZA MACAM ORANG ITALY/BERNIAGA (PART 2)

Sambungan dari  Nak Belajar Buat Pizza Macam Orang Italy 

Dalam post ini Nurulsham akan tunjukkan langkah demi langkah cara menebar pizza seperti orang Italy. Inilah cara yang Nurulsham gunakan sewaktu berniaga pizza 3 tahun lalu.

Cara ini amat sesuai jika anda mahu berniaga pizza di tempat terbuka. Sebagaimana orang Malaysia suka melihat roti  canai ditebar... menebar pizza juga ada tarikannya yang tersendiri. Ia boleh menaikkan suasana seperti berada di Italy.. tambahan pula jika penebarnya mempunyai wajah kacukan Eropah atau kearaban sedikit... hehe!

Okaylah.. jom tengok langkahnya di bawah ini.




1.  Pastikan doh anda sudah cukup kembang. Waktu ini anda
akan dapat menikmati bau yis mengembang yang wangi.
Sebenarnya, bau itu datangnya dari alkohol yang terhasil secara
semulajadi dari tindakbalas yis dengan gula di dalam tepung
 (doh). Alkohol ini akan meruap apabila roti/doh pizza dimasak nanti dan
tiada yang tertinggal di dalam roti anda.


2. Seterusnya, lapik lapangan anda dengan tepung 
secukupnya. Adik Nurulsham ada mengajar cara
 untuk memudahkan membentuk pizza, iaitu 
menggunakan tepung semolina menggantikan 
tepung gandum.

3.   Tepung semolina ini dibuat dari jagung dan
agak kasar, namun ia akan memudahkan 
anda memusing doh pizza sewaktu membentuknya. 
Tepung ini juga akan menghasilkan bau yang 
sangat wangi, dan kerak yang rangup bila roti 
anda dibakar dalam oven. Best kan!
Lihat gambar di atas. Anda tak perlu gunakan
 pencanai pun... hanya penyet-penyetkan dengan 
hujung jari secara lembut. Jika anda gunakan pencanai
 pun tiada masalah. Cuma, ruang udara yang terhasil 
sewaktu yis mengembang akan terpenyet semula,
 lalu roti akan keras sedikit.

3.1.  Rujuk video di atas supaya lebih jelas

4.  Kemudan, sambil 'memusingkan doh' yang telah
 leper tadi di atas lapisan tepung semolina, 
gunakan keempat-empat jari kedua-dua belah
 tangan anda untuk meregangkan roti anda 
di bahagian  tepi (tebing). Tebing ini lama
 kelamaan akan semakin rendah bila pizza
 anda semakin lebar.

5.  Hati-hati, jangan asyik meregang sampai
 doh terkoyak. Sentiasa pusingkan doh yang
 dah leper tu, sambil meregangkannya... supaya 
roti anda sama ketebalannya.

 5.1. Jika tiada tepung  semolina, anda boleh juga
 menggunakan tepung suji yang dimesin
menggunakan blender kering 
sehingga menjadi halus. Tepung suji sangat kasar)
6.  Kalau berraniii....  cuba regangkan doh dengan 
cara mengangkat dari lapangan, dan tangan anda 
harus dibukukan seperti penumbuk. Regangkan
 menggunakan ruas-ruas jari di buku lima anda
, dan doh harus diputarkan supaya ketebalan 
sekata. ( tidak galakkkan untuk orang baru.
 Doh mudah terkoyak)

Kelebihan cara sebegini ialah doh anda akan 
jadi sangat ringan dan banyak ruang udara.

7.1 Video menunjukkan cara menampar dan melambung pizza.

7.  Kalau berani lagi, boleh juga mencuba melambung
 doh anda yang sudah leper. Nurulsham dulu 
belajar melambung dari you tube. Anda harus 
melambung sambil memusing (twist). Tujuannya
 adalah supaya tebing doh akan meregang sendiri
  (mengikut hukum daya pusingan.. hehe...
ada masuk ilmu sains sikit di sini)

Hati-hati, jangan melambung sehingga 
naik atas kepala atau jatuh di lantai. ☺✌

7.1.  Sila rujuk video di atas untuk cara melambung ya!

8.  Akhirnya, letakkan pizza anda tadi di atas 
pizza pan. Kalau tiada pan, boleh juga
guna tudung periuk... ☺☺☺☺☺ dan 
bersedia untuk letakkan toping mengikut 
selera anda dan bakar.

8.1.  Sila lihat video di bawah untuk cara meletakkan
doh di atas pizza pan. 


 8.2.  video ini menunjukkan cara meletakkan sos dan
menabur topping atau inti pizza.



Selamat mencuba dari Nurulsham.


Komentar

Postingan populer dari blog ini

Resepi Biskut Buah Kana Sedap Mudah Sukatan Cawan

Resepi Biskut Kacang Hijau Sukatan Cawan Sedap Mudah

Resepi Biskut Arab Pelangi Sukatan Cawan